Cuti-Cuti Nogori: Port Dickson [Part 14]

setelah 13 episod berlalu... akhirnya kisah Port Dickson ini akan tamat tak lamo laie...

kalau nak happy ending, memang den stop sampai episod 14 ni yo... tapi sesungguhnya... masih ada season Finale...

dah pueh bertokak ngan makcik vios dan suaminya tadi, berbekalkan wang seratus ringgit... kami pon bertolak kembali ke Seremban.

tapi, atas nasihat kak bieb, dengan ketidakstabilan emosi masing2, kami decide untuk bermalam di Port Dickson satu malam lagi, kali ni di rumah mak ngah kak bib, di batu 4 Port Dickson.

kedatangan kami yang mengejut dan tak diundang disambut baik oleh mak ngah dan 3 orang budak comel, adam, atai dan erin! adam, atai dan erin ialah cucu mak ngah merangkap anak buah kak bib.

sampai2 yo kek umah makngah, makngah masak makan tengah ari dulu. sementaro tunggu nasi masak, kami sumo duduk la berborak2 dekat depan TV. mulanya 3 orang budak tadi, agak kekok jugak la, sebab jumpa orang2 yang tak dikenali. tapi, makin lamo makin rapat, makin lamo makin rapat... dah jadi kawan sepermainan pulak.

takdo po sangat yang dibuek kek umah makngah, selain dari merehatkan diri dan melayan kerenah adam, atai dan erin...

da potang skit, baru la jumpo ngan pak ngah. dio baru balik dari memandu teksi.
malam tuh, den ikot pakngah poie surau kek blakang umah. dani plak lambek skit. lopeih maghrib, ado pulak majlis yasin. lopeih tu, solat isyak. habieh solat, ado orang jamu makan pulak. den memang tak lopeih an peluang kalau ado orang jamu makan. hehehe...

lopeih da abih sumo majlis, kami pon balik semulo ko rumah makngah. kek umah pon ado masak2 jugak. tapi da x larat nak makan laie. jadi terpakso la den menolak pelawaan makngah :p

malam tu den sompek online kojap, pinjam komputer dani dan boradband haja. tapi nak online punyo pasal, kono la den duduk kek luar umah. dalam umah takdo connection :p
sobolom tido, sompek laie melayan kerenah si Adam, Atai dan Erin. Adam ngan Atai ni memang x sonang duduk. asyik moin yo kojo eyh. lompek sano, lompek sini, panjek sano, panjek sini. memang riuh la. Erin pulak kocik laie. tak pandai nak main bona. habih2 pon nangeh yo la kojo eyh. hehehe.

melayan budak-budak ni memang la seronok, tapi ado jugak orang yang tak buleyh nak tahan. contoh eyh fadz, poning palo eyh...

malam tu, eden tido awal berbanding dani, adam dan atai. maso diorang tongah main2 laie kek dopan tv, den dah masuk bilik dan lolap.

season FINALE akan datang! nantikan penamat untuk percutian di PD ini!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...

Tips Catur Bistari