Tips Catur Bistari

kali ni eden nak kongsi beberapo tips untuk menambahkan peluang untuk momonangi Catur Bistari:

di laluan Makan Gaji:
-strategi saya yang paling berjaya ialah kedai alat tulis. membeli kedai alat tulis pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
[kedai alat tulis boleh dibeli pada harga serendah RM8000 dan boleh dijual pada harga RM40000]
(risiko kedai alat tulis ialah ianya berkemungkinan terbakar dan anda kehilangan aset tersebut)

-pembelian saham. antara saham2 faveret saya ialah saham kelapa sawit dan saham ayam goreng
[saham kelapa sawit boleh dibeli pada harga serendah RM3/unit dan dijual pada harga RM9/unit, saham ayam goreng boleh dibeli pada harga serendah RM3/unit dan dijual pada harga RM8.5/unit.]
(pemain yang membuka kad saham boleh meminta komisyen jualan, sebagai contoh kad saham kelapa sawit dijual pada harga RM3/unit, pemain yang membuka kad tersebut boleh membeli pada harga yang ditawarkan dan boleh menentukan komisyennya sendiri jika ada pemain lain yang ingin membeli.)

-menjual saham kepada pemain lain
[jika anda cukup bertuah untuk mendapat kad saham, anda boleh mendapt komisyen menjual saham kepada pemain lain. sebagai contoh, saham ayam goreng dijual pada harga RM3/unit, anda boleh meminta komisen RM1/unit dari pembeli]

-keep on playing!
[walaupun anda dilanda masalah seperti perlu membayar ahlong RM800 sebulan, itu tidak menutup peluang anda untuk meneruskan permainan. mungkin ada peluang2 lain untuk anda maju ke laluan tijarah seperti pembelian saham dan aset-aset lain]

-segera naik ke laluan tijarah jika anda telah mengumpul RM30000 termasuk aset di laluan makan gaji.
[syarikat Tiram Travel menawarkan keuntungan paling besar, dengan modal RM30000 anda boleh mendapat aliran tunai sebanyak RM90000 setiap kali melalui petak aliran tunai masuk]
(menjadi orang pertama ke laluan tijarah sangat mustahak kerana ia memberikan anda advantage untuk menguasai permainan)

di Laluan Tijarah

-bertukar ke syarikat yang lebih besar keuntungannya pada kadar segera
[syarikat yang menawarkan keuntungan besar: Tiram Travel, kos RM30000, untung RM90000; Tepak Marketing,kos RM800000, untung RM184000; MetroParking, kos RM250000, untung RM350000]
(jika anda tidak dapat memiliki syarikat2 besar ini anda masih berpeluang untuk mendapatkan syarikat kedua yang paling untung seperti Pro Office Solutions, kos RM200000, untung RM300000)

-jalankan operasi bergantung kepada kemampuan syarikat
[kos operasi andalah antara RM1000 ke RM200000]
(jika saya berhasrat untuk menukar syarikat, saya tidak akan menjalankan sebarang operasi)

-perhatikan masa!
[permainan ini boleh dimainkan seberapa lama yang anda mahu, tetapi peraturan rasmi menyatakan masa permainan ialah 2jam. tentukan strategi anda berdasarkan masa]

-menuju ke laluan jihad
[anda boleh menuju ke laluan jihad setelah berjaya mengumpul wang dan aset RM1 juta. anda akan diberi bonus 2 kali ganda nilai aset semasa jika menaiki laluan jihad bisnes](jika masa permainan masih lama, dan pemain lain belum mampu mengumpul RM1juta, anda masih boleh mengumpul lagi wang di laluan tijarah; jika masa permainan masih lama, dan pemain lain bersaing mendapatkan RM1juta, segera menaiki laluan jihad bisnes dan bersaing di laluan jihad bisnes pula; jika masa permainan hampir tamat; segera naik ke laluan jihad bisnes)

di laluan Jihad Bisnes

-laburkan wang anda!
[apabila anda berhenti dipetak pelaburan, laburkan sahaja wang anda]

-laburkan wang di syarikat yang lebih banyak memberi pulangan [dengan modal rm1juta, ayamas memberi pulangan sebanyak rm150000 bersamaan 15% keuntungan, manakala dengan modal RM2juta, pizza hut memberi pulangan RM400000, bersamaan 20% keuntungan](jika anda sudah melabur disyarikat kecil, ambil semula pelaburan anda dan laburkan disyarikat yang lebih banyak pulangannya)

tips2 ini adalah kaedah untuk mendapatkan nilai aset tertinggi. strategi boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kewangan anda. nilai aset tertinggi yang biasanya dikumpul sepanjang permainan dalam tempoh masa 2 jam rata-rata antara RM4juta hingga RM8juta

warning: tips2 diatas adalah untuk memudahkan anda memahami selok belok catur bistari. saya tidak menjamin kemenangan anda dengan menggunakan strategi diatas. anda tanggung sendiri risiko.

Ulasan

Giap Seng berkata…
First main game nie kat rumah member.

Nak mintak tips supaya dapat become first untuk keluar dari laluan makan gaji. I agree that pemain yang keluar daripada Laluan mempunyai upper hand untuk menguasai permainan.

Kat Laluan makan gaji, kalau I ada 6000 cash kat tangan, patut tak I focus untuk membeli bisness sahaja, atau focus tuk membeli saham ja?

If untuk beli saham, patut tat kita focus untuk membeli satu shj saham syarikat (tunggu harga paling rendah untuk syarikat itu), atau kita perlu diversify untuk beli saham?

Kalau kita focus, contohnya, guna semua cash + pinjaman untuk beli satu syarikat, risikonya kalau kad saham yang kita pegang itu tak keluar-keluar, member lain yang diversified mungkin akan keluar dulu.

^gs^
hubahuba berkata…
takde satu pon strategi yang boleh kekal untuk setiap permainan. sebab setiap permainan akan ada keputusan yang berbeza. itulah realiti bisnes dunia sebenar. semuanya bergantung pada situasi. kalau anda mampu miliki kedai diawal permainan, bagus juga, tapi jgn lupa kedai ada risiko tersendiri. selain tu, pembelian saham juga tak menentu. kadang saham yang kita beli kita x dapat nak jual pada harga tinggi. semuanya bergantung pada kepandaian anda mengurus wang.
sentiasa bersikap proaktif dan aplikasikan strategi yang sesuai dengan situasi.

malam tadi saya main satu lagi game. saya orang last keluar dari makan gaji. orang pertama keluar sebab dah dapat bonus 2 kali. org kedua keluar dibantu oleh orang pertama tadi. orang ketiga keluar sebab saham dijual pada harga tinggi. saya keluar setelah pemain pertama menukar syarikat. diakhir permainan, pemain pertama mengumpul RM12juta, kedua RM6juta, ketiga RM5.3 juta dan saya RM5.1 juta. setelah saya analisa kesilapan saya, punca kekalahan ialah saya menunggu untuk mendapatkan bisnes intraprenuer, sedangkan saya boleh naik dengan memilih bisnes entreprenuer. bermain seorang di laluan makan gaji tidak memberikan manfaat kepada saya. pegerakan saya lambat sedangkan pemain lain sudah memulakan strategi bisnes masing2 di laluan tijarah.
Unknown berkata…
game ade jual kat kedai ke??
shopping complex...

hehe...
Giap Seng berkata…
Thanks for sharing. This is getting very interesting.

Bagaimana pendapat you tentang kedai runcit dalam game ini? Saya mendapati ada kedai runcit yang dijual pada harga rendah, tetapi risiko untuk mengalami kerugian (kecurian) juga amat tinggi.

Bagi saya, semasa dalam permulaan game, seorang pemain sekurang-kurangnya kena ada "12000" tunai di tangan (anggap dia boleh meminjam 12000 lagi), baru dianggap "selamat" untuk melabur di kedai. Sekiranya tidak, lebih selamat untuk mengumpul wang melalui gaji and saham.

Ini kerana sekiranya seorang pemain itu membeli kedai terlalu awal dalam game (tanpa wang tunai dan cash flow yang cukup), dan mengalami kerugian, kerugian tersebut amat besar impact kepadanya (mungkin terpaksa mengambil hutang maksima). Sekiranya ini berlaku, dia tidak lagi mempunyai cash flow untuk melabur dalam asset lain seperti saham.

What is your view?

^gs^
hubahuba berkata…
to anike MK, catur bistari boleh dibeli di semua KFC di seluruh Malaysia sekarang, selagi stok masih ada.

to Giap Seng, u r absolutely rite. saya jarang bermain kedai runcit. terlalu berisiko. setakat ni saya pernah beli 2 aset sahaja, kedai alatulis dan dobi, dan hanya berjaya menjual aset pada harga RM40000 sekali sahaja. kedua-duanya saya beli di pertengahan permainan, dimana saya sudah mengumpul lebih sepuluh ribu dan membuat sedikit pinjaman[kedai dobi bernilai RM20000 keatas]. sebenarnya anda boleh meminjan 2 kalau di laluan makan gaji, membolehkan anda memiliki pinjaman minima 18000. akhirnya semuanya terpulang pada keberanian dan kecekapan anda menguruskan wang. cara yang paling selamat ialah membeli dan menjual saham. [anda juga boleh meminta komisen dari pemain lain jika anda membuka kad pelaburan saham dan mereka ingin membeli]
Unknown berkata…
wei farez...
aku nk men skali ngan ko
ade bende gak yg aku masih kureng paham..

lg satu aku ade bisnes baru yg amat2 menarik untuk dikongsi ngan ko ni =3
:: !zyan :: berkata…
terime kasih sudi berkongsi.
ape-ape pun memang ikut nasib juga permainan ni. Rase la tersangat rugi kalau dah hilang giliran tu kan. huhu.
hubahuba berkata…
sebab tu main ni kena banyak sabar.... keep holding on... selagi tak bankrup main aje... anda masih berpeluang untuk menang....
hubahuba berkata…
kelebihan? ianya merupakan satu permainan yang melatih IQ, EQ dan SQ. permainan yang seronok dimainkan bersama keluarga dan rakan2.
Alitosfera daBesh berkata…
da x der discussion baru ker pasal CB nih?
sbb saya baru jer men...banyak yg xpaham...

boleh tanya?

1. CB yg beli kt kfc nih sama ker ngan CB kt TV1 n CB yg saudara main?
sbb apa yg saudara tulis mcm ada yg xsama ngan CB yg saya men.

e.g : Tiram Travel. untungnyer 9000/mth. tp saudara tulis 90k. error ker atau mmg saudara maksudkan 90k.?
isunyer : tiram travel / semua intrapreneur yg lain, hanya boleh dimiliki 25% ekuiti shj. meaning xmungkin jadi 90k. Betulkan saya kalau saya silap.

pada pendapat saya, di laluan tijarah, pemain masih lg perlukan duit. atau lebih tepat lg 1M utk ke jihad. persen pulangan yg tinggi xmenjamin pemain utk dptkan tunai yg banyak. persen nyer besar kerana modalnyer kecil.

maksud saya, saya melihat syraikat yg mmberikan pulangan yg besar dari segi cash. bukan persen. sbb saya kumpul cash, xkumpul persen. betulkan saya jika saya salah.

2. saya merasakan agak rugi jika pemain memilih enterpreneur. kerana peluang enterpreneur dalam kad operasi adalah sangat terhad. apa pendapat saudara?

ada juga beberapa kad yg agak mengelirukan saya. kebanyakanya yg ada senarai "bisnes berkaitan". apa yg saya faham, apabila ada senarai bisnes berkaitan, hanya syarikat tersebut sahaja yg boleh terlibat. syarikat yg xtersenarai xboleh terlibat. sekiranya ini benar, kerugian buat syarikat enterpreneur. kerana enterpreneur sangat jarang tersenarai.

selain dari itu, ada kad operasi yg menyatakan senarai bisnes terlibat, tetapi di kad prestasi, 1 dari syarikat yg tersenarai di kad operasi, tidak tersenarai di kad prestasi. bagaimana ini berlaku? dan menjadi perkara yg sia2 bila syarikat tersebut mengambil tindakan dalam kad operasi tetapi tidak boleh claim 'reward' dalam kad prestasi.

ada juga kad yg menyatakan tawaran lot di shopping apa tah. sewa rm8k sebulan dan jualan 20k sebulan. adakah semua syarikat boleh terlibat? kemudian ada 2 kad menyatakan prerkara tersebut. jika pemain da menyewa lot di kad pertama, boleh kah menyewa di kad kedua? dan berapa jumlah lot yg boleh disewa? boleh kah lebih dari satu?

kad lain adalah kad jurujual. kad ini menyatkan 10 jurujual kemudian ada bayaran tahunan. saya keliru antara tahunan dengan bulanan. apa yg saya faham, bulanan adalah sekali round. maksud tahunan adakah 12 kali round?

3. apabila kita mengambil tindakan di kad operasi. kemudian telah mendapat ganjaran di kad prestasi, adakah kemudian nya kita akan padam operasi tadi? ataupun operasi hanya sekali dan kita boleh menikmati 'reward' prestasi sebanyak mana sekali pun?

terima kasih
Alitosfera daBesh berkata…
seperkara lagi. apa kelebihan bisnes enterpreneur jika dibandingkan dengan bisnes interpreneur?
hubahuba berkata…
Salam perkenalan alitosfera :D
Wah, tahniah kerana bermain Catur bistari. Semoga Terdidik hikmah :D
Ok, untuk pengetahuan Alitosfera, Catur Bistari yang saya gunakan sebagai rujukan dalam tips ini ialah versi peraturan tahun 2008 :D jadi, kemungkinan ada perbezaan setelah 2 tahun. Mungkin sekali telah berlaku beberapa perubahan. Saya sendiri sudah lama tidak bermain kerana kekangan masa.

biar saya jawab semampunya persoalan saudara :D

1. Saya sangat pasti dalam permainan yang saya main kami mendapat aliran tunai penuh, [istilah yang sebenar untuk merujuk kepada "keuntungnan" dalam tips ini.] maka kami ambil semua wang syarikat, [aliran tunai] masuk ke dalam akaun kami. sebab itu ianya RM90K bukannya RM9000

2. Anda kena mahirkan diri bermain intraprenuer dan entreprenuer. Kerana kedua-duanya boleh menjadikan anda Juara. Ini permainan strategi. Jika anda hanya tahu main intraprenuer, dan mengabaikan entreprenuer, anda sendiri akan bermasalah. Di laluan tijarah, sebaik sehaja pemain lain menukar syarikat, anda boleh membelinya pada giliran anda. tetapi jika anda masih di laluan makan gaji, anda pasti terlepas peluang tersebut. malahan permainan akan lebih berdaya saing jika semua pemain berada di laluan yang sama.

Berkenaan kad operasi, hanya syarikat besar sahaja memerlukannya. Syarikat kecil tidak perlu. Bahkan, mungkin tidak mampu membayar kos operasi yang belum tentu berhasil itu.

Ada juga operasi dan prestasi yang hanya terhad kepada syarikat dan industri tertentu. Sememangnya dalam Catur Bistari sengaja diletakkan begitu. Supaya anda lebih berhati-hati ketika membeli operasi.

Pembelian operasi adalah kurang penting di awal permainan, kerana anda mungkin perlu menukar syarikat segera, sebelum sempat operasi membuahkan hasil.

3. Operasi hanya terbatal jika anda menukar syarikat. Nikmati sebanyak mungkin keuntungan dari operasi anda :D

4. Bisnes entreprenuer ialah jalan terakhir [strategi akhir] untuk anda naik ke laluan Tijarah. Itu sahaja.

Akhir kata, saya ingin menyatakan peraturan permainan catur bistari boleh diubahsuai ikut kesukaan para pemain @ pihak penganjur. Ianya tidak tetap. tetap saya galakkan anda bermain ikut peraturan kebangsaan, jika anda bercita-cita tinggi [untuk menang kereta dan sebagainya]

Catur bistari ialah permainan yang memerlukan strategi, dan anda perlu fleksibel dalam mengamalkan strategi anda.

Catatan popular daripada blog ini

Peluang tidak datang selalu

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...