[Cuti-cuti luar nogori] Sungai Besar - Cameron Highland - Kuala Berang - Kuala Terengganu - Segamat

Satu hari di Hari Raya,
Dua hari di Bandar Raya,
Tiga hari di Jalan Raya....

Potang rayo keduo tu, lopeih den balik dari shah alam, omak den ajak poie Terengganu.Mako bermulolah pengembaraan famili den. Den ghaso ni lah trip yang paling adventure ponah den poie satu famili... Malam 2 hari rayo tu, kami bertolak dari Tampin poie Sungai Besar. Nak hantar uwan den kek sano, Mak Long den jago... Nak sampai Sungai Besar tu, punyolah lamo... sosak boto jalan musim ghayo ni... sampai kek Sungai Besar dah masuk 3 hari rayo. Kami tumpang tido kek umah maklong den tuh...

Pagi 3 hari rayo,... siap2 nak bertolak ko Terengganu. Pkol 9.30 pagi, den, omak abah den ngan dik den, kito berompek bertolak dari Sungai Besar. Arah tujuan kami, Cameron Highland. Ni idea abah den la ni.. den nak lalu Karak yo, sonang, tapi sobab an ni jalan2, abah den suruh lalu Cameron Highland, naik dari Tapah. Untuk pengetahuan orang ramai, den yang memandu keto Honda Stream ni. Ni la ghaso eh first time den bawak keto nek Cameron Highland. Punyolah banyak selekoh eyh. Den ingat an dulu bukit putuih tu dah cukup adventure, ghupo eyh ni lagi la 20kali gando susah dari bukit putuih... dongan tanah runtuh eyh, dongan jalan kocik laie... licin pulak tuh... puuuuh semangat.... Sampai kek Tanah Rata, porot dah lapa. Tapi kodai makan melayu nampak eyh tutup yo.. maklumlah ghayo kan? Omak den ajak poie ladang strawberry. Den bawak la poie KHM Strawberries. Sobab an da lapa, omak den boli set Scones untuk dimakan beramai-ramai. Masyallah, punyolah sodap menatang ni makan cicah jem stoberi dengan krim putar. Minum pulak ngan teh lemon paneih2. Memang nikmat la..... tambah pulak cuaca yang sojuk2 nyaman kan... den ghaso dah macam kek london hah.... Sobab an perjalanan masih jauh, kami pon memulo an semulo perjalanan.

Turun dari Cameron Highland, kami lalu Lojing untuk ke Terengganu. Ni pon mencabar yo ni.. tambah pulak ari hujan... jgn buek kojo gilo nak bawak keto laju2... mau terhumban kek dalam gaung tu kang... den ado nampak kosan2 pembahagi jalan dah runtuh... den ghaso mosti dah ado yang masuk dalam gaung tuh... seghiau den..

Dah lopeih lojing kito masuk Gua Musang... poghot da lapa bona ni... sekali nampak pulak papan tando KFC. hah omak den kato poie situ, situ lah poei eyh... KFC Gua Musang ni kocik yo. Satu tingkat. Ponoh KFC ni.. ghamai boto orang lapa... masing2 nak makan KFC sobab kodai melayu banyak tutup. Dah pueh makan, porot dah konyang, hati dah sonang, baghulah poie Kuala Berang.

Nak poie Kuala Berang dari Gua Musang ado 2 jalan. Satu lalu Aring satu laie lalu Ciku 3. Abah den lalu Ciku 3 sobab ado orang koba jalan Aring tu torok bona. Lori banyak keluar masuk. Nak sampai ko Ciku 3 tuh, waktu pon dah maghrib. Makin lamo makin golap. Yang nampak skang ni, jalan 50m ko dopan, signboard ngan pemantul cahayo. Suspen. dalam pado suspen tu, ado la pulak signboard gambar GAJAH. Pulak dah. bertambah-tambah la pulak suspen eyh!!! Nasib baik sepanjang perjalanan tuh takdo papo, cumo nampak taik gajah yo. Omang aih godang eyh.... macam busut.. bilo dah lopeih tasik kenyir, barulah ghaso logo sikit. Jalan pon dah ado lampu. lalu kek kampung2...

Lebih kurang pukol 10, sampai lah kek Kuala Berang. Malam ni menginap kek Hotel Citra. Hotel eyh mmg murah, tapi omputih cakap dun espek to muc. hahaha. Mmg bajet lah yo tak? Malam tu gi makan kek Kuala Berang Seafood & Tomyam. dopan 7 Eleven. Kodai lain sumo tutup.... dah konyang, baliklah tido...

Pagi 4 hari rayo, hari jumaat. Omak den nak poie Kuala Terengganu, shopping. Pagi tu kami sarapan kek Kuala Ibai. Makan nasi dagang. Lopeih sarapan, toruh poie Pasar Payang. Omak abah den boli batik, den boli kopok yo... dah ponek pusing2 kek pasar payang, omak den ajak pulak poie umah kawan eyh kek Tepuh. sepatut eyh kenduri kawen tu ari sabtu, tapi sobab dah nak balik tampin ari ni, omak den singgah la kojap.

Lopeih solat Jumaat, mulolah perjalanan pulang ko Tampin. Balik ni kami lalu Segamat. Jalan kuantan segamat ni memang dah familiar. selalu bona lalu... takdo apo yang menarik sangat. Cumo den tak pueh ati ngan satu keto ni. Ado ko patut dio pasang lampu dopan warno meghah?? Kan menyusah an orang lain... Nasib baik tak bertombong. kito ingat itu lampu belakang keto... ghupo eyh keto eyh gilo... lampu merah pasang kek dopan.... boto boto sewel ngoman eyh....

Malam ni, singgah makan kek simpang Taman Yayasan. Highway Tomyam . Makan sup tulang. fuh. boleh tahan jugak sup tulang ni... al maklumlah orang dah lapa, apo pon sobat eyh...

Jalan Segamat ni ghupo eyh dah banyak berubah. maklumlah den ni dah bertahun-tahun tak poie Segamat. Kocik-kocik maghin memang la duduk Segamat. Dah bosa ni, tak menyompek-nyompek nak poie melawat jiran-jiran lamo...

Sampai kek tampin ado lah dalam pukul 10 malam. Sumo pon dah ponek, tido yo lah... Habieh da My Most Adventerous Family Trip :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peluang tidak datang selalu

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...