Terbaik sepanjang zaman

kok dilipek sobosa kuku, kok dibontang sobosa alam,
kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
kok datang biar nampak muko, kok poie biar nampak belakang,
kok jauh diimbau, kok dokek digamit,
seuntai salam, sejambak kato,
selamat meluncur, pembaco sumo.

Khamis, 18 November 2010

Bidalan hari ini #1

Tanah lembah rumput layu

maksudnya: upah yang tidak setimpal dengan usaha.

contoh: biasolah duduk kek kampung ni bergotong royong, tanah lombah rumput layu.

situasi: andaikan kita menolong orang menganyam ketupat dan merebus, lalu kemudian kita mengambil sebiji dua buat bekal balik. biasanya orang yang mengambil akan memberitahu tuan rumah, "tuan rumah, sey balik dulu yo. ni ketupat ni sey amik duo biji." lalu tuan rumah akan membalas, "yolah. elok-elok jalan balik tu. timo kasih yo datang nolong". begitu juga halnya dalam masak rendang atau mengacau dodol. orang yang menolong akan mengambil sedikit sebagai upah. kebiasaannya ianya hanya melibatkan jiran tetangga dan sanak suadara.

Tiada ulasan:

Peluncur Professional

sapolah den ni....

Foto saya
given name is FAARIS, nicknamed hubahuba on the net. nama diberi ialah FAARIS. di internet saya lebih senang dikenali sebagai HUBAHUBA.