Terbaik sepanjang zaman

kok dilipek sobosa kuku, kok dibontang sobosa alam,
kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
kok datang biar nampak muko, kok poie biar nampak belakang,
kok jauh diimbau, kok dokek digamit,
seuntai salam, sejambak kato,
selamat meluncur, pembaco sumo.

Ahad, 12 September 2010

[Tampin Stories] Takbir raya di Idul fitri

Salam idulfitri buat sekalian pembaco baru lamo dokek jauh :D

Alhamdulillah, masih panjang laie usio kito ni. maseh diberi peluang untuk menghabiskan ramadan dan bergembira di syawal.

dah menjadi satu kebiasaan untuk umat tanah melayu ni, tiap kali tibo ari raya, takbir mulo la dialunkan dengan merdu dan syahdunya di malam rayo, sebagai tando ketibaan syawal.
dan tahun ni, malam rayo den ialah kek rumah omak abah den, kek Taman Indah, Tampin.



Al-kisah lopeih solat isyak kek surau, sumo jemaah dibagi-bagikan kumpulan untuk poie bertakbir dari rumah ko rumah. Rumah peserta akan diziarahi satu persatu. Malam tu abah den nak join satu kumpulan. jadi den balik umah la tlg omak den siapkan juadah.

giliran umah kami yang ko ompek. sampai yo para tetamu, den pon melaungkan takbir rayo. dah solosai makan sumo, baru den join pulak kumpulan tu. poie pulak ko 3 laie rumah peserta lain.

tradisi ni ghupo eyh dan sekian lamo di amalkan kek taman indah ni. Den melihat tradisi ni suatu yang baik dan boleh mengeratkan perpaduan sesamo jemaah surau. yang laie seronok eyh, balik yo dari setiap rumah, tuan rumah akan bagi duit rayo kek sumo peserta. x kiro la bapo pon umur eyh. jadi, pakcik2 pon meraso la dapek duit raya jugak :D

semoga kita dapek bertomu laie ramadan akan datang, dan memperbaiki mutu amalan kito. insyallah

Tiada ulasan:

Peluncur Professional

sapolah den ni....

Foto saya
given name is FAARIS, nicknamed hubahuba on the net. nama diberi ialah FAARIS. di internet saya lebih senang dikenali sebagai HUBAHUBA.