Terbaik sepanjang zaman

kok dilipek sobosa kuku, kok dibontang sobosa alam,
kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
kok datang biar nampak muko, kok poie biar nampak belakang,
kok jauh diimbau, kok dokek digamit,
seuntai salam, sejambak kato,
selamat meluncur, pembaco sumo.

Isnin, 7 Jun 2010

[Cuti-cuti luar nogori]Yeop Kahwin! Kulim + Sungai Besar [Part 1]

Setelah berbulan-bulan menghitung hari, akhir eyh sepupu sulong bolah omak den, anak pertamo kepado Mak Long, selamat diijab kabulkan pado 29 Mei 2010 yang lopeyh. Jadi, den nak cito la macam mano den poie ko Kulim dan Sungai Besar, meraikan Yeop.

Pagi 29 Mei, den kono memandu keto dari Tampin ko Kulim, bawa famili den termasuk sepupu den merangkap adik Yeop. Kami bertolak dari tampin pkol 10 stongah pagi, majlis nikah yeop malam tu jugak. Dalam pado tu, Abah den ado jomputan kenduri kek Bangi. anak kepado kawan sekolah eyh pon menikah jugak. jadi alang-alang dah nak ke utaro, kami singgah la makan tongah ari kek Bangi.


Dah konyang porut, barulah boleh memandu dongan seleso dan cergas. Den memandu selamo limo jam laie secara berhemah dan mematuhi had laju kebangsaan [read: dongar buleh percayo jangan]. Sampai kek Kulim, kami menuju ko rumah persinggahan yang dah Yeop tompah awal-awal laie. Famili Mak Long, Mak Yang, termasuk Pak Teh dan Wan den, dah sampai dulu. Sampai-sampai yo, perkaro pertamo yang mesti dibuek ialah mengisi porut. Ponek ni memandu tujuh jam… nasib baik Yeop dah siap amik katering untuk sodio an makanan.

Lopeih duduk borak-borak kojap, tibolah maso untuk bersiap-siap pulak. Den punggah sumo beg-beg pakaian masuk bilik dan bersiap. Tak lamo lopeih tu, famili Pak Ngah dan Pak Su pulak sampai.

Malam tu, lopeih isyak, hujan mulo turun… Tapi, itu tak melomah an Yeop untuk meneruskan penikahan dio dongan Kak Su. Kami bertolak ko Karangan, Kulim.
Majlis nikah berlangsung pado jam 9 malam kek masjid bosar Sungai Kok. Berwalikan wali hakim, Alhamdulillah, sekali akad yo dah setel, memang tabik la kek Yeop! Lopeih akad nikah, menjamu selero lah kami di karangan rumah pengantin pompuan, kak Su, kek Karangan. Walaupon hujan, sumo eyh kelihatan gembiro. Sian kek Yeop, jadi bahan jenako malam tuh. Al-maklumlah, pengantin baru kan…

Dah pueh menikmati hidangan, kami pon pulang semulo ko rumah tumpangan. Lupo pulak nak bagitau, namo rumah tumpangan ni Hiass Homestay. Pueh ati la duduk sini.
Tapi, takdo bondo nak buek… nak masuk internet pon, bukan den ado berukband dan laptop. Henpon pon sekadar utk kol dan mesej yo. Nengok tibi pon tak selero. Apo laie, tido yo lah…

Esok eyh, lopeih subuh, Den toruih poie sarapan. Da ado katering, colik-colik yo mato da ado makanan. Majlis Yeop pkol dobleh kang. Sompek la tengok cito Evolusi KL Drift 2, yang Pak Su songlap dari mano ntah… sementara nak tunggu pkol dobleh tu. Layan la cito drift terbaik Malaysia setakat ini…

Pkol dobleh, den kono bawak keto yang dipenuhi oleh barangan hantaran pulak. Ponoh tompek duduk belakang ngan bonet, sobab an ado 11 dulang hantaran. Kami pon bertolak ke Karangan. Tapi, sekali lagi, hujan turun… nasib ekau lah Yeop, dah joki ekau… sobab an hujan tu, takdo la berarak do. Men masuk yo umah pengantin ngan hantaran-hantaran sumo.

Famili den tak lamo kek majlis tu, sobab nak kono anta adik Yeop balik Kuala Pilah. Adik den pulak kono dianta ko umah kawan eyh kek Tanjung Malim. Jadi, lopeih makan, kami pon beransur. Kali ni, abah den pulak yang bawak keto, dengan penuh berhemah dan mematuhi had laju [read: tolonglah percaya]. Mano tak eyh, jem tu kek Bidor. Maso nak masuk terowong, keto punyalah banyak. Dah lopeih terowong pon samo, sobab highway cumo ado 2 lorong. Sian abah den kono mengharungi kesosakan lalulintas yang bosan.

Kami sampai kek tanjung malim pkol 7 malam. Singgah kojap kek umah kawan adik den tuh, lopeih tu barulah den pulak bawak keto, dari Tanjung Malim ko Nilai. Cadang eyh nak singgah makan kek hentian Dengkil, tapi tutup pulak sobab tongah ubah suai. Toruihlah kami ko nilai. Nak singgah tomyam pon ramai orang, jadi bungkus Mekdi yo lah…

Sampai kolej den, den pon kono tinggal. Mak abah den kono la poie ko pilah pulak anta sepupu den. Lopeih tu baru balik ko tampin.

Solosai satu kenduri kek Kulim. Eh, ado laie la kenduri Yeop kek Sungai Besar pulak!
[to be continued]

Tiada ulasan:

Peluncur Professional

sapolah den ni....

Foto saya
given name is FAARIS, nicknamed hubahuba on the net. nama diberi ialah FAARIS. di internet saya lebih senang dikenali sebagai HUBAHUBA.