Sharing : ESQ MCB Golden Generation 1 [Day 1]
Alhamdulillah, sore tadi tamat dah hari pertamo training MCB, Mission and Character Building.
Hari ni, sehari suntuk den didodah an mengenai Mission Statement. Ini ialah siri training Yellow Belt.
Promgram hari ni tadi dimulo an dongan acaro pembukaan dan preview mengenai ESQ kepada ibu bapa, serta kunjungan dari pengarah Karangkaraf, Tuan Haji Hishammuddin Yaakub.
Den ghaso nak tulieh formal la, supayo universal skit. Ok tak oghang noghoghi sumo?
Ala banyak laie post lain yang beloghat, poie la baco :D
Jadi kita sambung semula perkongsian saya setelah sehari suntuk mengikuti latihan kepimpinan ESQ.
sejerus selepas acara pembukaan, program diteruskan dengan penekanan Salam Semut, yang menjadi tradisi ESQ. Tradisi yang pernah simbolik dan bermakna. Kenapa semut? Kerana kerjasama mereka, komunikasi mereka...
Seterusnya, review Basic ESQ. maklumlah, para peserta ada yang dari angkatan 3 atau 4 tahun lalu, banyak yang telah berkarat,termasuk saya yang mengikuti latihan angakatan Mahsiswa 5, akhir tahun 2008. Masyallah, begitu cepat masa berlalu... review dilakukan oleh para peserta, sedikit demi sedikit memori lama bertaut kembali.
Alhamdulillah, penerangan Abang Ridwan Mukri menambah lagi kefahaman dan penguasaan mengenai ESQ, 165 dan Islam. Sangat terkejut apabila abang Ridwan memberikan, situasi, seorang anak bertanya pada ibu bapanya tentang islam.
Ini situasinya,
abang ridwan menjadi si anak,sementara saya menjadi bapa.
Anak: Abah, apa itu Islam?
Abah: Islam itu cara hidup
Anak: Kenapa Islam?
Abah: sebab kita nak bersedia untuk mati...
kalaulah begini jawapan seorang ayah, maka peninglah sang anak, ditanya pasal Islam, jawabnya untuk mati...
Jawapan terlengkap mengenai islam ialah mengakui allah sebagai tuhan dan muhammad utusannya, menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika mampu. Persoalan mengenai Islam, pasti diikuti dengan persoalan Iman. Iman itu ialah percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat serta Qada' Qadar. Kemudiannya diikuti dengan penerangan ihsan, apabila kita berbuat sesuatu, seolah-olah kita melihat allah. dan jika kita tidak mampu, cukup sekadar mengetahui bahawa allah sentiasa melihat kita.
Jadi, mudahnya Islam itu ialah 165. 1 Ihsan, 6 rukun Iman, 5 rukun Islam.
Kenapa pula 1, 6, 5, bukannya 5, 6, 1?
persoalan itu, saya tinggalkan untuk anda sendiri kenal pasti. mungkin juga boleh mencari jawapannya di training ESQ 165.
Selesai review, training Mission Statement bermula. Kami diberi penekanan mengenai VISI, MISI dan NILAI.
Pelbagai games dan aktiviti kami lakukan untuk memantapkan pemahamam kami mengenai topik yang disampaikan. Ternyata sangat berkesan, kerana belum ada lagi mana-mana kelas yang membolehkan saya berjaga sepanjang masa melainkan training ini. Syukur alhamdulillah, banyak input yang diterima dan boleh diguna pakai.
Bila training berakhir jam 7 malam, langsung tidak terasa sudah lebih 10 jam berada di training. Esoknya, training bersambung lagi, untuk siri training Green belt, Character Building.

Ulasan