Terbaik sepanjang zaman

kok dilipek sobosa kuku, kok dibontang sobosa alam,
kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
kok datang biar nampak muko, kok poie biar nampak belakang,
kok jauh diimbau, kok dokek digamit,
seuntai salam, sejambak kato,
selamat meluncur, pembaco sumo.

Isnin, 5 Oktober 2009

Cuti-cuti Luar Nogori: Sg Koyan, Tersang, Sg Klau [Part 3]

sambungan dari post yang lepas

lamo bona kisah cuti luar nogori ni tak bersambung... sian deyh... da nak basi da... takpo kito goreng balik... mosti sodap punyo...

tamat sesi ceramah kek SMK Tersang, kami dijamu kek kantin sekolah. Den yang sentiaso bersedio untuk makan memang takkan terlopeih peluang camnie... :D

Solosai makan, kami pon pulang semulo ko rumah Aunty Cik. Kali ni den dibori peluang untuk memandu BMW Mr Don. Inilah kali pertamo den drive sendiri BMW, dan den tak dapek nafikan memang cukup best. Walaupun keto Mr Don ado sedikit masalah suspensi, tapi itu tak menjadi isu yang besar. Memandu BMW memang satu pengalaman yang den tak buleyh lupo.

Kek umah aunty Cik, den tgk BMW tu da koto bona. Ado pulak terpalit taik lombu. Den berosih kan la kojap. Lopeih tu, aunty cik ajak lunch. Solosai lunch, kami pon bersiap-siap nak ko tompek ceramah yang sotoruih eyh.

tompek tujuan eyh ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Klau, di Felda Sungai Klau. Felda Sungai Klau ni kampung mertuo Mr Don. Tapi takdo singgah pon sobab nak koja maso.

Sampai kek Sungai Klau dah lopeih waktu sekolah. Tapi budak2 ni tak balik lagi, sobab memang da dibagitau akan ado ceramah oleh Mr Don ni. Setibo yo kek situ, den pon buat persediaan untuk ceramah.

Budak-budak ni memang kiut la. Masuk yo dalam bilik komputer, tompek ceramah berlangsung, sumo toruih duduk. takdo la nak bergasak sano sini. Budak-budak ni ado yang tertanyo-tanyo, sapo yang bagi ceramah, sobab den duduk kek bolah kiri bilik, Mr Don kek bolah kanan.

Ceramah dimulakan dan berakhir dengan jaya. Takdo papo masalah. Bilik komputer cukup gelap untuk memboleh an tayangan LCD jelas dan cantik.

lopeih tayangan, kami pon bertolak balik. Dalam perjalanan balik, Mr Don tunjukkan den tompek yang terdapat kek dalam slide presentation ceramah, gambar pokan Raub, zaman2 sobolom merdeka dulu. Nampak la perbezaan yang nyato. Kami singgah makan kek pokan Bentong laie.

Balik ni kami lalu jalan lamo. tak lalu highway. nak lalu jolobu. dapek la den nengok lombah Bilut, yang memang lawa. sobab terpesona ngan keindahan eyh, den terlupo nak snap gambar. bila den teringat nak amik gambar, bukit lain pulak da halang. takdo la joki...

perjalanan ikut jalan lamo memang amik maso. kondisi jalan memusakan tapi banyak selekoh, menyebabkan pemanduan agak perlahan. kami banyak lalu kampung2 baru yang menjadi penempatan kaum2 cina di sepanjang perjalanan. Mr Don cakap kebanyakkan mereka ni ialah saki baki komunis, keturunan mereka yang menyerah kalah kepada tanah melayu. jadi mereka semua diberi penempatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

sampai di simpang pelangai, kami singgah ke klinik, sebab Mr Don dah poning kepalo. Mungkin sobab biso dari tebuan yang songat pagi tadi. klinik kek sini dibuka sampai malam, sobab takdo laie hospital yang dokek. jadi sumo kes kecemasan poie ko situ. nak ko pilah jauh...

lopeih diberi suntikan, Mr Don berehat kejap, sebelum kami meneruskan perjalanan pulang. Mr Don anta den sampai Mantin, pukul 9 malam.

Tamat da.

Tiada ulasan:

Peluncur Professional

sapolah den ni....

Foto saya
given name is FAARIS, nicknamed hubahuba on the net. nama diberi ialah FAARIS. di internet saya lebih senang dikenali sebagai HUBAHUBA.