Bila bercerita tentang kahwin
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”.
Saya lantas bertanya,“Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
“Bahagia Tuk?”
“Tak bahagia apa anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar”, adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”
“Betulkah saya tak sabar Tuk?”, tanya saya semacam mengusik.
“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin. Heh, heh, heh..."
“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”.
“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu...” tajam Tuk membalas.
“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”
“Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
“Jangan menung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul, nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”
“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.
“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan. Ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni.”
“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji”.
“Tak senang. Tapi mudah-mudahan tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang”.
“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.
“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar. Tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali”. Terbayang kekesalan di wajahnya.
Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja”.
“Kalau macam tu macam mana?”
“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata, Parenting Skill”.
“Tuk pun tahu Parenting Skill?”
“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam”.
“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga. Nanti
terjebak dengan maksiat”, kilas saya.
“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada”.
“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”
“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...”
“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.
“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab”.
“Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?”
“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!
sumber = http://absyarqaissy.blogspot.com/

Ulasan