Cuti-cuti nogori : Port Dickson [part 8]

syukur ... sampai jugak ko bahagian lapan ni ha...

dah pueh mandi kek laut... kami pon balik semulo ko tiara beach resort. maso nak balik ko bilik tu, den, dani, mira dan bieb terpandang pulak kolam tiara yang lawa tuh...

alang2 baju pon da basah, baik sambung yo toruih kan?
dan

KECEBUR!

den da masuk kolam diikuti oleh yang lain-lain...

bezo air laut ngna air kolam ni iolah, air laut masin, air kolam ni payau. tu yo.

kolam air kek tiara ni sangat luas. da macam theme park plak den ghaso.
ado 3 bahagian, kolam dewasa, kolam cetek dan kolam kanak2.

kolam dewasa kedalam melebihi 1 meter, kolam cetek kedalam kurang 0.5 meter dan landai ke tebing dekat bahagian kolam cetek ado air trojun buatan dan gelongsor di kiri dan kanan gelongsor bolah kiri lobih rondah dari gelongsor bolah kanan. kolam kanak2 pulak paling cetek, sesuai untuk kanak2 5 tahun. ado macam2 gelongsor.

waktu tu agak paneh jugak la. jadi, eden dan kawan2 men kek topi air trojun yo. agak seronok men kat situ. sogar bugar badan dibuek eh. macam ado mesin urut.

da boring men kek air trojun, poie lak kek kolam kanak2. kek situ banyak gelongsor. tapi sumo eyh untuk kanak-kanak la. tapi, den punyo dogey den main jugak. hahahaha. time tu takdo orang lain la kecuali den ngan kawan2. cumo dani yo yang join skali men gelongsor. bieb ngan mira cumo duduk2 kek bawah cendawan gergasi sambil.

lopeih mandi kek kolam kanak2 tuh, gelongsor yang kek air trojun tu pulak bukak. apo laie, berlari la nak nek gelongsor bosar tuh. tapi, yang tak best eh, gelongsor tu tak bapo smooth... kek bahagian2 yang bersambung ado macam benjol2 kocik... yang menyebabkan kesakitan semaso menggelongsor... den naik skali yo... lopeih tu tanak nek dah...

da ponek men kek kolam tiara, kami pon balik semulo ko bilik. si haja ngan fadz da lame lolap kek bilik sementaro kami mandi mando tadi...

sambung part 9! hooray!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Catur Bistari

Pasar Malam

[Tampin Stories] Bayar Bil dengan mesin cash deposit TMNET