[Tag] 100 post!

wah wah wah...
dah seratuih post eden buke kek sini!
hohoho...
jadi sempena post yang ke-100 ni.. mari kita men tag!!!

tag ni macam ni...


anda perlu menjawab soalan2 dibawah, tapi dengan syarat...
hehehe... kena jawab dalam loghat NOGORI SOMBILAN! hahahaha...

ok! soalan bahasa baku, tapi jawapan mesti loghat nogori tau!!!

soalan-soalan nya ialah

1. nyatakan tempat tinggal anda sekarang
sekarang ni eden tinggal kek tampin.

2. sudah berapa lama anda berblog?
soingat den la, ado la setahun lobeyh agak eyh, sobolom ni eden buek blog untuk promote buku racun dunia. tu la ghaso eyh 1st time den buek blog.

3. kenapa anda berblog?
dulu, orang cakap buek blog buleyh buek duit. tapi, sampai skang ni, eden masih tak ghoti la nak buek duit dari blog. tapi, sobab den da ketagih menulih blog, den tak buleh nak boghonti la... blog ni eden jadikan tompek untuk den berkongsi cerito, pengalaman, pendapat dan macam-macam laie la... kigho da macam hobi den la nie...

4. adakah anda akan terus berblog pada masa akan datang?
mosti lah... selaie ado internet, laie masih idop, eden akan toruih berblog.

5. apakah loghat negeri sembilan yang paling baru anda pelajari hari ini?
bercokau. maksud eyh, bergaduh atau berkelahi.

6. pernahkah anda mendengar NEGERI.FM
pornah. tiap kali nek keto mosti omak ngan abah den buka radio siaran tuh. kalau da sampai KL ko, luar nogori sembilan, baghu tuka siaran :D

7. apa pendapat anda tentang blog Eden Budak Nogori?
blog ni masih laie banyak kurang eyh. kalau buleh , perbaiki laie di maso akan datang.

8. anda suka blog yang berloghat?
eden suko. buleh blaja loghat2 kek malaysia ni. kadang2 tobolit lidah sobab bunyi dan ejaan biaso eyh x samo. susah la nak dapek an bunyi yang boto kalau takat baco blog yo. tapi, satu permulaan atau pengenalan yang baik untuk loghat tu.

9. adakah anda akan membuat post mengikut loghat negeri anda pada masa akan datang?
memang den slalo post dalam loghat nogori. kadang2 ado jugak yang salah bunyik eyh. takpo lah, samo2 kita blaja yo :D

10. nyatakan orang yang ingin anda tag
eden nak tag sumo followers2 den.. hahahaha...
sape ghaso dio followers, silo la jawab tag ni yo!


:D

Ulasan

Tijah berkata…
tampin kek mano? pulau sobang ko?
hubahuba berkata…
pulau subang tu melako la....
den kek taman indah...
cik tijah da buek blom tag den? :p
Farha Ghouse berkata…
waduh.
farha tak reti!
tamaaaaaau ;D

Catatan popular daripada blog ini

Peluang tidak datang selalu

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...