Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Edbuno Post 201

wow, tak sangko den dah ado 200 kiriman kek blog ni. huhu. sobona eyh ado beberapo post yang tak publish lagi, sobab kajian dan kekangan masa. tapi, jumlah post suma sekali memang dah 200. sempena meraikan post ke 201 ni, den masak french fries. haha

Bagaimana udang berlari?

Begini!

Istilah hari ini #1

Rumput sabit maksudnya: kenduri, tiada usaha diperlukan untuk mendapat makanan penggunaan: kalau hujung tahun ni, maso cuti-cuti sekolah ni, tak berasap la dapur den. ado yo rumput sabit. situasi: rumput yang disabit selalunya diberikan kepada lembu peliharaan supaya lembu hanya makan dan tidak keluar dari kandang. istilah ini menunjukkan betapa mudahnya mendapat makanan tanpa perlu berusaha. ianya disesuaikan dengan keadaan kenduri yang biasanya tuan rumah menjamu makanan kepada tetamu, tanpa meminta apa-apa sebagai balasan

Bidalan hari ini #1

Tanah lembah rumput layu maksudnya: upah yang tidak setimpal dengan usaha. contoh: biasolah duduk kek kampung ni bergotong royong, tanah lombah rumput layu. situasi: andaikan kita menolong orang menganyam ketupat dan merebus, lalu kemudian kita mengambil sebiji dua buat bekal balik. biasanya orang yang mengambil akan memberitahu tuan rumah, "tuan rumah, sey balik dulu yo. ni ketupat ni sey amik duo biji." lalu tuan rumah akan membalas, "yolah. elok-elok jalan balik tu. timo kasih yo datang nolong". begitu juga halnya dalam masak rendang atau mengacau dodol. orang yang menolong akan mengambil sedikit sebagai upah. kebiasaannya ianya hanya melibatkan jiran tetangga dan sanak suadara.