[Cuti-cuti luar nogori] Yeop Kahwin! Kulim + Sungai Besar [Part 2]

Lopeih solosai kenduri kek umah pengantin perempuan, macam biasolah, kenduri kahwin rumah pengantin lelaki lah pulak. Kenduri berlangsung pado 5 Jun 2010, kek Sungai Besar, Selangor.

Kali ini, den bertolak dari kolej den pulak. 4 Jun, den bertolak dari kolej ko Seremban lopeih solat jumaat. Punyolah sebok hari tu, nak dapek teksi dari kolej ko stesen KTM pon payah. Setelah stongah jam menunggu, dapek jugak den sewo sebuah. Tambang untuk sebuah teksi, RM8, tapi den dah berkongsi dengan sorang brader ni, jadi tinggal RM 4 yo lah. Dari KTM Batang Benar nak ko Seremban amik maso stongah jam laie. Pkol 3.45 potang baru la den sampai kek KTM Seremban. Adik den dah lamo tunggu den. Dio dari Tanjung Malim, nek KTM jugak ko Seremban. Den tak makan laie, jadi den ajak la adik den poie makan kek Seremban Parade, seberang dari KTM.


Maso den dah order set Chicken Rice, omak den telepon. Dah sampai Paroi koba eyh, lopeih dari amik sepupu den kek Kuala Pilah tuh. Den pon cakap la den tunggu kek Chicken Rice Shop tu… lupo plak nak tanyo dah makan ko bolom… Asal eyh den nak belanjo adik den, tapi bilo omak abah dah join skali, mereka lah yang bayarkan…
Alahai anak omak…

Lopeih solah asar, kami pon bertolak ko Sungai Besar. Den drive laie. Punyolah seronok jalan kek Kuala Selangor ni, dah ghaso macam nek keto kudo. Den memang suko bona lah pembangunan kek Kuala Selangor ni. Tak ponah laie den ghaso bawak keto kudo, hari ni secara tak rasmi eyh, den dah jadi pemandu kereta kudo amatur dengan kepujian. [read: sarcastic] Disobab an keseronokan yang teramat, dan waktu sonjo yang mengundang seribu bahayo, ditambah laie lori-lori sobosa ompek eko gajah, den tak perasan pon simpang ko umah Mak Long. Kono la berpusing satu pokan Sungai Besar nak patah balik ko umah Mak Long. Secara automotik, den dah menguasai jalan kek Sungai Besar. Kali ni, famili den yang pertamo sampai kek kenduri. Macam biasolah, bilo dah namo eyh kenduri, sampai-sampai yo mosti makan dulu la kan?

Solosai porot, badan pon nak rehat jugak. Kali ni, kami menginap kek rumah tumpangan De Sha’ra Villa, dibawah pengurusan Dorani Bayu Resort. Punyolah bosa umah ni, dihiasi pulak cermin-cermin yang bermotif bungo, macam-macam ado, termasuklah Astro. Wah, mewah la pulak rumah penginapan ni. Siap poti sojuk dan mesin basuh laie. Kok nak pindah masuk sini memang buleh sangat-sangat la. Tinggal laie, bayaran sehari dah beratuih. Ado la 2 3 ratuih agak eyh. Omak den pilih untuk tido kek ruang tamu, dopan astro, sobab eyh dio tak larat nak naik turun tanggo poie kek bilik. Tinggi bona tanggo eyh. Abah den pulak dah lolap kek ateih sofa. Den? Tido ateih lantai beralas toto. Sobolom den lolap, Pak Ngah sampai.

Pagi esok eyh, lopeih subuh den poie la jalan-jalan kek sekitar taman perumahan ni. Tengok rumah orang, tengok manusio, tengok binatang, sajo menengok-nengok. Kok ado pulak awek yang berkonan kan? Sapo tau… Sarapan pagi tuh, den ikot Pak Ngah ko Sungai Besar. Kami bersarapan kek Medan Selera Sungai Besar. Kodai lain banyak tutup laie. Bukak malam yo agak eyh… Den makan la roti canai yo, sobab den tau, lopeih ni mosti makan banyak punyo.

Balik dari sarapan tuh, den sambung skit laie tido. Tak sengajo. Sambil-sambil tengok siaran langsung Hari Keputeraan Diraja tu, telolap pulak… dalam pukul 10 pagi, barulah poie semulo ko rumah Mak Long. Tolong la skit, mano-mano yang buleyh ditolong. Tak lamo lopeih tu, den dapek kontrak percumo untuk amik gambar. Merayau la den sambil mengambil gambar. Dari dapur, ko khemah, sampai la ko jalan nak masuk. Wah, bosa banner kahwin Yeop ni rupo eyh. Dah macam promosi jualan hebat di pasaraya…

Sobolom pukul dobleh, kami bersiap-siap tukar baju sumo. Pengantin sampai yo, mako sebok lah den mengambil gambar. Gambar pengantin baru, gambar pengantin lamo, gambar tetamu, gambar pekerja katering, habih sumo den amik. Ponek jugak amik gambar ni ghupo eyh. Dari bersanding, poie pulak ko makan beradab. Lopeih tu, ado pulak acaro potong kek. Meriah sungguh kali ni, hari pon corah tak hujan macam kek Kulim hari tu. Sobab an tak hujan tu lah, ramai yang ‘menyumbangkan’ lagu kek pondok DJ. Nasib baik hujan pon tak ingin turun, walaupun bukan sedikit ‘suara katak’ yang mahu menyerunya. Lagi bertambah meriah, bilo pengantin pon kono nyanyi jugak. Buleh tahan jugak…

Potang tu pulak, pengantin ado sesi fotografi outdoor. Den sajo yo menyibuk, sobab fotografer rasmi dah ado. Mulo-mulo amik gambar kek padang pokan Sungai Besar. Lopeih tu, ontah bondang mano ontoh dibawak eyh si brader fotografer tuh. Mak Yang den banyak bagi idea posing untuk sesi fotografi ni. Agak eyh, dulu maso dio kawen dulu xdapek buek, tu yang macam-macam disuruh eyh Kak Su ngan Yeop buek… Memang lawalah… Lopeih amik gambar, lapar lah pulak. Tambah laie nasi minyak…

Dah solosai makan, balik semulo ko rumah penginapan. Bersiap pulak untuk acaro malam ni, acaro bukak hadiah pengantin! Acaro ni ialah tradisi keluargo den. Sojak dari kahwin makcik-pakcik dulu, inilah acara kemuncak eyh. Malam tu, satu demi satu hadiah dibuko. Tibo-tibo, ado pulak hadiah misteri untuk Kak Su. Buka yo korteih pembalut, ado nota ditampal kek ateih kotak. Alamak, sapo pulak secret admirer M.G nih? Nota macam frust menonggeng yo… buka lah kotak tuh, ponoh sokkabar pulak… dah keluar an sokkabar, barulah ado kotak kocik, yang berbalut laie. Buka-buka, ado balut laie. DUP, DAP, DUP, DAP, berdobar-dobar dah ni. Yang paling heran, pembalut Gong Xi Fa Cai pon ado! Dah sekian banyak pembalut dibuka, tetibo POM! molotop.,, Mak Yang rupo eyh yang bawa parti poppers, ingatkan hadiah yang molotop. Last skali, bilo dah buka pembalut yang last, tengok-tengok ado coklat Apollo Roka! Untuk kanak-kanak yang hadir… Habis acaro tuh, maso untuk makan sate. Den dah agak dah, kalau kenduri mosti macam-macam punyo makan…

Porot pon dah konyang, tibolah maso untuk balik ko rumah penginapan dan berehat. Esok pagi eyh nak kono balik ko Mantin semulo.

Alkisah pagi ahad ni, den tak balik ngan famili den. Omak Abah den kono anta sepupu den dengan Wan den balik ko Kuala Pilah. Jadi, den menumpang la kereto Pak Uda. Maso dalam perjalanan tuh, dapat pulak mesej yang atuk sedaro den meninggal dunio kek Selayang. Pak Uda nak singgah kojap, den pon ikot yo lah. Buleyh jugak kono-kona ngan sedaro maro kan?

Sampai kek Selayang dah Zuhur dah. Memang nganm-ngan yo orang solat Zuhur. Lopeih solat fardu, solat jenazah pulak. Kemudian, toruih ko tanah perkuburan untuk tanam jenazah. Tanah kubur kek Selayang Baru ni jonieh lombut, tak buleyh nak buek liang lahad kek sisi. Jadi, liang lahad eyh dibuat kek tongah. Den tak bapo kona keluarga arwah suami adik atuk den ni. Atuk den pon den tak ponah jumpo… jadi sekadar bertanyo kek Pak Uda dan Pak Teh den yo lah… yang ni sapo, yang tu sapo.

Solosai hal kek tanah kubur, singgah kojap kek umah Pak Ngah. Makan-makan skit, sobolom bertolak semulo ko Seremban. Sampai kek Seremban, den ngan Pak Teh den turun. Pak Teh nak balik ko Kuala Pilah, den pulak nak singgah kojap Terminal One sobolom balik Mantin. Tanpa didugo, jumpo pulak member sekolah den kek kodai buku Popular, si Farid. Polik jugak den, sobab farid ni duduk JB, macam mano buleyh ado kek sini. Kosan eyh, dio dari umah akak eyh kek Balakong, tongah tunggu bas nak balik ko JB. Sompek la kami minum-minum kojap. Adat bertomu akan berpisah, den pon kono balik Mantin, kang takdo bas pulak malam-malam. Jadi, kono la kami menangguh pertemuan kami.

Itulah catatan cuti-cuti luar nogori kali ni. Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...

Tips Catur Bistari