[Tampin Stories] : Masjid Jamek Tunku Besar Tampi

Masjid Tunku Besar Tampin ni masjid yang paling bosa kek bandar Tampin.
Masjid ni lotak eyh kek Jalan Tampin Gemencheh. Kalau dari pokan, menuju ko gomoncheh, masjid ni kek bolah kiri jalan.

Masjid Tunku Besar Tampin populor sebagai tempat solat Jumaat kek bandar Tampin. Den x melopeih an peluang untuk turut bersolat Jumaat kek situ pado hari ni.

Den samapi masjid pkol 1.15 sobab poie isi minyak moto dulu kek petronas jalan Tampin Seremban. sampai yo imam da start khutbah... iaitu membaca text yang diboka an oleh pejabat ugamo... [dalam konteks mazhab syafie versi malizi, membaza teks khutbah adalah perlu... boleh kena ban oo kalau x ikut text... sekian terima kasih]

Khutbah hari ni menyentuh isu hari raya haji...

Dan maso yang ditunggu-tunggu oleh para jemaah ialah, waktu solat fardu Jumaat. bilo bilal iqamah yo, sumo bangun dengan ponoh disiplin...

"Lurus dan rapatkan saff" imam bagi arahan kek jemaah.

jadi kek situ dapeklah kito tengak macam2 gelagat manusio nak bersolat secara jemaah.
bilo disobut lurus dan rapatkan saff, ado la yang dikangkang kaki eyh sobasa-bosa alam, supayo rapat lah saff itu. tak kurang jugak yang dogey, buek dono yo dey, mako lompong la saff tersebut tatkala para jemaah sudah mengangkat takbir. ado pulak budak2 yang saff eyh sorang ko dapan sorang ko belakang, yang menunjukkan saff tu tak luruih da.

apo sobona eyh masalah saff ni?

Makmum tak paham arahan atau arahan imam tak jelas?
kalau makmum tak paham arahan "lurus dan rapatkan saff" jadi tugas imam lah untuk memboto an pemahaman makmum dalam khutbah jumaat yang disampaikan, yang menjadi tugas pejabat ugamo untuk menyertakannya kek dalam text khutbah.

Kalau arahan imam tak jelas, mako imam kono la memperjelaskan lagi arahan eyh, "lurus dan rapatkan saff, bahu ke bahu, tumit ke tumit, jangan dibiarkan renggang sehingga terputus saff" dan lain2 info... tambah laie volume speaker tuh... bagi sumo dongar...

imam umpama komandan yang mengetuai solat berjemaah dan makmum umpama ahli2 perbarisan yang mematuhi command dari imam.
apo jadi kek satu skuad perbarisan kalau arahan komandan tak dipahami oleh anak2 buah eyh?
mosti la kucar kacir dan pasti pasukan tu tak boleh monang dalam pertandingan perbarisan peringkat negeri...

Umat islam dah terlalu lamo ditindas, sudah tiba maso eyh kito suma sodar dari tido yang panjang dan mengembalikan keagungan syiar Islam.
Perkaro kocik macam saff ni sobona eyh ado impak yang bosa dalam kesatuan jemaah kito.
Lurus saff, mako luruslah pemahaman. Lurus pemahaman, mako luruslah perjuangan. Lurus perjuangan, insyallah janatullah menanti dihadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...

Tips Catur Bistari