Kisah di A&W Seremban

A&W ni yolah rangkaian fastfood yang pertamo bertapak diMalaysia.
tapi, den boto2 tak paham kenapo dio tak buleh nak mengatasi KFC mahupun Mekdi...

A&W somban ni lotak eyh kek sobolah tasik somban, soborang dongan seremban parade. pemandangan sekitar memang cantik. tambahan pulak skarang ni A&W somban ni da renovate. siap ado drive thru laie.

antaro menu2 feveret kek A&W ni yolah mozza burger, coney dog, waffle dan paling popular satu masa dahulu dengan CURLY FRIES. tak lupo jugak trademark A&W iaitu ROOT BEER yang dihidangkan dalam mug kaca. kalo cerito pasal root beer, mosti ingat A&W.

tapi, blog den ni bukan la nak promosi ando sumo poie ko A&W dan memboli ALL AMERICAN FOODS yang trhidang disano, tapi den nak bagitau, 10 SOBAB KONAPO ANDA SUMO X PAYAH SINGGAH KO A&W SOMBAN!

10 sebab kenapa anda tidak perlu singgah ke A&W Seremban

01. servis di kaunter pembelian tidak memuaskan.

-cuba anda bayangkan, anda ialah seorang pelanggan yang mahu membeli, dilayan secara endah tak endah oleh seorang pekerja dikaunter. apa perasaan anda?

02. burger yang dihidangkan tidak memuaskan

-saya tidak puas hati dengan burger A&W. rakan saya merasa muak menjamah burger A&W

03. kentang yang dihidangkan sejuk

-bila anda semua masak kentang goreng? kenapa sejuk semacam?

04. mug A&W tidak digunakan selepas jam 12 tengah malam

-??? the only reason why we come to A&W is because of this. if there is no mug, there is no A&W...

05. servis lambat

-kenapa la semangkuk aiskrim pun mengambil masa begitu lama untuk dihidangkan? aiskrim cair?

06. kebersihan tidak memuaskan

-lantai kotor, tandas kotor, nasib baik kami tak boleh masuk ke dapur....

07. air yang dihidangkan sedikit

-huh? sudahlah tidak menggunakan mug, air pon nak kedekut jugak?

08. tidak ada wi-fi

-pantai batu 4 kat PD pon ada wifi, saya ulangi PANTAI!

09. tidak ada tempat untuk mengecas laptop

-buka 24 jam, anda expect bateri laptop pelanggan akan tahan selama itu?

10. tiada tisu disediakan didalam tandas

- speechless

anda nilai sendiri, anda tentukan!

p/s: den da bagi surat ni kek manager A&W SOMBAN tuh, tak tau la apo jadik...

Ulasan

Azym Azizi berkata…
Mak aih..ekau buek survey ko?

Ko try kek A&W Nilai 3 lak..hehe
hubahuba berkata…
aku baru gi malam tadi... sangat x puas hati
Tijah berkata…
ntah eh. laju lak sevis kek futkot jln penghulu chantek tu laie...
hubahuba berkata…
saya sebenarnya x suka nak kecoh2, tapi this is the limit. da byk kali kena kat A&W camtu gak. atleast tahun ni je da 3 kali pegi. still xde perubahan.

Catatan popular daripada blog ini

Peluang tidak datang selalu

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...