Kuliah dan Tudung

ini kisah di sebuah kuliah bahasa inggeris di sebuah universiti terkemuka di malaysia

pada minggu pertama kuliah si pensyarah memberikan nasihat kepada anak-anak didiknya...

"saya mahu perempuan yang tidak bertudung agar memakai tudung di kelas saya"

kuliah berjalan seperti biasa. namun masih tiada sebarang perubahan. yang freehair masih kekal dengan kedegilan mereka.

tiba pada minggu ke tujuh... si pensyarah mengadakan pertemuan ringkas dengan pelajar2 yang freehair

"adakah anda semua memakai tudung sewaktu ke kuliah agama"
"ya"
"bolehkan saya bertanya apakah bezanya kelas saya dengan kelas ustaz atau ustazah awak? saya juga seorang muslim"

para pelajar menunduk malu.

"jika anda semua merasa malu untuk memakai tudung diluar, lakukan sama seperti yang anda lakukan ketika ke kuliah agama. pakai tudung semasa dalam kelas saya, lepas tu awak boleh simpan dalam beg"

dan kelihatan sedikit perubahan, ada yang mula bertudung. tidak kurang juga yang sekadar melilit selendang di leher ala-ala artis gitu.

bertudung juga ada etikanya. jika melilit selendang di kepala juga dipanggil bertudung, tapi tidak mengikut syariat...

syarat2 menutup aurat tersebut termasuklah
1-tidak menampak dari tubuhnya melainkan muka da tapak tangan
2-tidak menampak bentuk tubuh
3-tidak terlalu nipis

syariat tidak menyuruh bertudung tetapi mewajibkan menutup aurat. tapi dalam konteks adat orang melayu dimalaysia, mereka memakai tudung untuk menutup aurat.

soal penjagaan aurat amat penting untuk menjaga kehormatan wanita. menutup aurat dengan sempurna mencegah berlakunya masalah2 sosial yang semakin menular.

masalah ini bukan masalah wanita sahaja. ianya juga masalah lelaki. lelaki yang melihat aurat bukan muhrimnya pasti sama-sama menanggung dosa. saya kira pensyarah dalam kisah diatas patut dipuji kerana menyampaikan dakwah dengan bijak dan berlemah lembut.

tetapi ingin saya tegaskan tugas muslim ialah berdakwah. memberi hidayah pula itu urusan allah. jadi jangan terlalu tertekan jika dakwah anda tidak sampai matlamatnya, cuba lagi. kerana sesungguhnya allah itu lebih mengetahui.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peluang tidak datang selalu

Budu dan Cencalok

Naza Bistari yang canggih...