Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jutawan

Catur Bistari @ hostel

Imej
malam tadi eden men laie catur bistari. walaupon diawal permainan den mcm xdo harapan nak monang dah, tapi semua eyh berubah bilo den dapek jual kedai alat tulis dengna harga 40000!!! dan diakhir permainan eden dapek kumpul 8juta!!! seronok boto den. men catur bistari ni bukan macam monopoli. monopoli cumo ado satu laluan ajo. tapi catur bistari ado 3 laluan! mulo2 men memang la tak biaso laie. tapi kalau da mulo men... huih... raso nak men laie... macam strategi boleh dijalankan... yang paling aku suka ialah kita perlu cepat buat strategi bila situasi berubah... itu yang sgt2 mencabar... ps: 10 januari 2009 ada pertandingan catur bistari peringkat kebangsaan, boleh menang kereta SAGA!

Catur Bistari @ McDonalds

semalam den dan 4 laie kawan den poie ko mekdi nilai, stay up dari pukol 11 malam sampai 5 pagi kek mekdi, bukan untuk stadi, tapi untuk men CATUR BISTARI. apo bondo eyh catur bistari nie....??? catur bistari ialah permainan berasaskan bisnes. ado 3 peringkat dalam catur nie, peringkat satu laluan makan gaji, peringkat duo, laluan tijarah dan akhir skali peringkat jihad bisnes. nak tau lobih lanjut lawati la laman web CATUR BISTARI jumlah pemain 5 orang, dan den jadi banker [sobab den yang mahir selok belok catur ni berbanding kawan2 den]. permainan bermula dengan ponoh golak tawa... tapi bilo da sampai middle of the game, suma da mulo serius... yang bongang, yang menyampah, yang mengantuk, memang boto2 menguji kesabaran la permainan ni. sebagai banker, eden kono laju buek transaksi, kadang2 kolam kabut jugak la. dah la den men skali. [atas sebab mengado-ngado dan nak tambah bilangan pemain]. sambil2 makan2 mekdi, sambil2 men catur. catur bistari ni unpredictable, kadang2 pemain yang d...

Irfan Khairi : Idola remaja masa kini

Imej
artikel ni eden dapek dari newsletter yang eden langgan sendiri dari irfan khairi. sekadar tatapan untuk sumo ponyolam. sobona eh byk lagi ado kek dalam newsletter tuh, elok la kalo ponyolam sumo langgan sendiri :p Artikel mengenai Irfan Khairi di Dewan Masyarakat DEWAN MASYARAKAT: "Irfan Khairi Jutawan Muda" Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan. Pierre Omidyar, pengasas laman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun. Berikutan kejayaan Omidyar, mendorong anak muda tempatan lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom [UK], Irfan Khairi, menceburi perniagaan sendiri di Internet. Pemuda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal um...