Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ebay

Irfan Khairi : Idola remaja masa kini

Imej
artikel ni eden dapek dari newsletter yang eden langgan sendiri dari irfan khairi. sekadar tatapan untuk sumo ponyolam. sobona eh byk lagi ado kek dalam newsletter tuh, elok la kalo ponyolam sumo langgan sendiri :p Artikel mengenai Irfan Khairi di Dewan Masyarakat DEWAN MASYARAKAT: "Irfan Khairi Jutawan Muda" Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan. Pierre Omidyar, pengasas laman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun. Berikutan kejayaan Omidyar, mendorong anak muda tempatan lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom [UK], Irfan Khairi, menceburi perniagaan sendiri di Internet. Pemuda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal um...